Halaman

Khamis, 29 September 2011

Suara Hati . . .

tika suara hatimu kau suarakan,
ku ada-adakan kata-kataku…

seolah-olah Cuma aku
yang betul
dan kau salah…

Apa salahnya
sesekali aku mengalah,
kerana kata-katamu
adakalanya betul…

Kali ini
tatkala kau tiada
di sampingku,
riuh-rendah di sini
seperti kaki pelangi
di pinggir kali…

pedihnya mata,
sesaknya dada,
aku kehilangan
SUARA HATIMU…. !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan